Tuesday, December 23

pecahan kantuk.

malam ahad atau mungkin pagi isnin.

kejadian begini memang tak pernah terduga oleh kami sekeluarga. jahat sungguh siapa juga ketuaakal nya.

mungkin kalian masih ingat entrientri sudah akan kejadian jiran kami kehilangan motorberkuasatinggi beliau.

aku terasa kawasan kediaman ini makin tak selamat saban hari. motor dalam rumah berjaya dilarikan si empunya akal yang terasa cerdik.

barangan kemas yang mungkin berjenama zhulian dan bukan habibjewel sekadar memberi sinar sedikit diri si pemakai, serta tastangan dan dompet yang saban masa dikepit di bawah lengan atau lebih tepat di bawah ketiak yang harum mewangi, berjaya diragut si peragut mentah dihalaman rumah.

sudah banyak kejadian di sekitar termasuk rumahrumah yang berjaya di pecah masuk. tidak lagi aku menyenaraikan beberapa besi penutup longkang di laman rumah jiran yang hilang waktu diniharinya.

selama ini kami cuma mendengar keluhkesah dan aduan jiran. kini kami mangsanya.


kau rasa apa mereka buat dengan dua tayar kereta hitam menawan ini? aku rasa mungkin mereka sekadar menukar tayar motor yang pancit. sebab, mereka cuma mengambil dua. bukan empat. lagi, ambilnya pula depan dan belakang, macam betul aja tekaan aku.

*tepuklebihgemuruh untuk andaian yang mungkin tepat.haptuiih!*

kami mangsa selang semalam mangsa di jalan bawah rumah kami. tapi mangsa sebelum kami, tayarnya hilang empat. mungkin semasa kejadian, tayar kereta pulak yang bocor.

tekaantekaan aku cuma penyedap hati.

jika selang semalam ada kejadian yang sama, persoalan aku, dimana polis peronda? mungkin mereka lelah dan penat lalu tertidur di balai? atau mereka menunggu sehingga ada yang terbunuh baru mahu meronda? no offense. itu sekadar luahan emosi aku yang sedikit.

merujuk kepada makcik yang juga mangsa ragut di laman sendiri, mereka dapat mengesan si peragut dan menghantar pemangsa ke balai. tidak sampai semalaman pun, si peragut dilepaskan. kau tahu kenapa? tiada bukti kukuh dan rupanya dia seorang anak polis. di mana kredibiliti penguatkuasa? aku tak mahu mengulas panjang. tapi ya, aku marah sangat dengan etika sebegini. aku mohon maaf jika ada yang terasa dengan penulisan aku. aku juga anak penjawat awam dan penguatkuasa.

berbalik kepada ke'cool'an mak aku yang semakin membuat aku goyah merangkap anak yang paling cool. *aku tahu kau orang suda semakin loya!.haha* aku cuma berharap pagi isnin sebagai pemula hari untuk dia memulakan kerja minggu ini tidak tertanggu. sungguh! mungkin juga doa si anak di pagi hari dimakbulkan Yang ESA. Alhamdulillah.

mak siap boleh mengeluarkan katakata yang kami tujuh beradik tak pernah sangka akan terluah dari mulut mak.

"kenapa dia tak amik empat2 sekali, susah la mak nak ganti tayar." *gelak*

''kalau mak bukak tayar lagi dua dan biar je depan rumah buat macam showroom oke tak, akak??'' *aku blur, mak senyum*

dan lainlain yang aku tak kuasa nak senaraikan lagi sebab bakal mengugat ke'cool'an aku.

aku adukan masalah ini kepada ayah yang jauh di benua asing.

mungkin 'sportrim' mak menjadi idaman si handal penuka tayar.

2 hugs:

incik neng said...

gile cool kerete tanpa tayar ..macam citer transformer la ..motobot tadek tayar motor fuuu

::shylicious:: said...

ko ni kan incik neng.ngengs taw. haha

.. less is more .. © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!