Sunday, November 2

aih!

hi,
saya sangat lame mendiam diri kan. oke. saya akan mule bercerita satu persatu. saya akan mulakan dari yang terkini hingga paling lapuk berhabuk. hukhuk.

saya bangga menjadi anak melayu tapi saya malu dengan segelintir masyarakat melayu.

saya ditawarkan untuk membantu ibu rakan untuk mesyuarat tahunan sebuah syarikat. *saya menggunakan perkataan ditawarkan kerana bagi saya ianya satu tawaran yang mungkin hanya sekali ini saya berkesempatan untuk seumur hidup saya.*

pada hari kejadian,

ibu rakan menerangkan serba ringkas tentang perkara yang perlu dibantu. *ibu rakan adalah setiausaha syarikat tersebut, sebuah syarikat dimana pemegang sahamnya adalah peneroka.*

sebelum mesyuarat dimulakan, saya ditugaskan di meja pendaftaran. kerana sedia maklum kalangan pemegang saham adalah peneroka dimana melibatkan mereka yang jauh lebih berusia yang selayaknya saya panggil, makcik pakcik atok dan nenek, segala persiapan mental dan fizikal saya persiapkan. ada antara mereka yang datang sebagai wakil untuk pemegang saham spt anak, suami atau isteri peneroka. *dalam bahasa yang sepatutnya ialah proksi*. tetapi meminta saya memberi kad ahli. tak laen tak bukan untuk bersuara dalam mesyuarat. tapi saya perlu bertegas. hanya tuk mereka yang layak sahaja yang akan diberi kelayakan tersebut. ada yang hadir tapi setelah meniliti borang tidak layak even tuk menjadi proksi tapi sekadar pemerhati.

setelah lebih kurang dua jam, pendaftaran selesai. saya bergegas memasuki dewan mesyuarat. seorang kakak di meja pendaftaran bersuara, ''tahun ni lebih ramai lah banding tahun lepas, dewan pun penuh sampai ada yang terpakse berdiri''. ouh, rupenye taun ni ramai, awalnye saya ingat memang begini selalunya.

setelah pelantikan pengerusi, majlis bermula. saya cume mahu merumuskan, apa jua teori yang saya belajar pada semester lepas, jauh tidak sama apa yang saya lalui, perhati, dan dengar semalam. ye, kejadian itu semalam. bukan saya mahu katakan kesemuanya, namun sebahagian besar nye begitula.

seorang proksi yang pasti bukan suami mahupun anak peneroka mendapat tempat sebagai seorang proksi. ANEH! bertambah aneh dia melobi mesyuarat semalam. dia juga seperti saya baru hadir tuk pertama kali nya dalam mesyuarat syarikat. HERAN! saya sangat heran dan pelik dengan keadaan semalam. kelakuan proksi berkenaan rupanya mendapat sokongan penuh dan maklumat dari seorang ahli lembaga pengarah yang... maaf jika saya kasar.. tapi, dia seorang yang gila kuasa. kata-kata dan perlakuan yang kasar ALP berkenaan amat memalukan dan saya sedih! bertambah malu lagi ALP berkenaan dan juga isteri keduanya menjawat profisien seorang guru! bagaimana anak melayu mahu bertamadun dan berfikiran waras jika contohnya begitu. saya sedih! sungguh! rasa marah dan emosi sepanjang majlis! tapi saya tidak perlu berlebih kerana saya hanya sekadar pemerhati dan pembantu mesyuarat!

saya bukan menuduh atau berkata sesuke ati. tapi apa yang dimaklumkan dari s/u syarikat, keadaan memang keruh sejak bertahun yang lalu. isu berbangkit adalah WANG! dari luaran kalangan pemegang saham, saya yakin mereka tidak sesusah sehingga perlu bertekak sebegitu. mungkin mereka mahu kan hak mereka, tapi kiranye seorang pakcik dan makcik berasa segan tuk berkelakuan sedemikian depan saya yang mungkin sebaya cucu mereka, mungkin segalanya dapat diselesaikan dengan lebih diplomasi dan berhemah.

bagi menghormati waktu zohor, mesyuarat ditangguhkan. harapnya, selepas rehat, pemikiran dan keadaan lebih tenang, namun sebaliknya berlaku. setelah melihat keadaan yang semakin tiada penghujungnya, pengerusi memutuskan tuk menangguhkan majlis ke suatu tarikh yang lain. dari ekspresi beliau, saya yakin beliau sangat marah dengan kelakuan proksi tersebut yang langsung tidak menghormati beliau sebagai pengerusi jauh sekali tuk menghormati majlis. banyak lagi pekara yang berlaku. yang tidak dapat saya nyatakan.

kata akhir saya selaku pemerhati majlis: jika melayu bersatu, keadaan semalam tidak akan berlaku. proksi tersebut bukan bangsa kita. tiada sedikit rasa malukah kite bergaduh sesama sendiri dan membiarkan bangsa asing melobi mesyuarat kita? *saya bukan anti bangsa dan kaum lain, tapi saya sayang bangsa saya, bersatula untuk maju*

luahan rasa.

2 hugs:

mysterious Lady said...

hisshhh
apasal si proksi tu mengapi2kan keadaan?
adakah datuk & nenek2 di situ terpengaruh dgn omongannya?
apakah faedah yang diterima proksi berkenaan dengan mengeruhkan keadaan?

[a.lady.named.shy] said...

aku rasa klu ko ade dlm mesyuarat tu, pasti ko lagi emosi.. he~

proksi tu sbnanye maw mendapat sokongan pemegang saham tuk menjadi s/u syarikat.

dy terpakse menunjuk yang die serba boleh sebab kesemua ALP syarikat 'reject' die. kecuali CIKGU tu.*salah seorg ALP*

saya sedeh melihat atok2 dan nenek2 yang mudah digulagulakan.:'(

.. less is more .. © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!