Thursday, December 18

bila kepuasan di tahap bawah sifar.

11.47 pagi. *atau tengahari?aku masih mencari gelaran seharusnya untuk jam 11pagi.ya, mungkin lebih sesuai pagi.hee*

sambil menderma senyuman semanis mungkin,''tumpang lalu''. saat itu hati sedikit lega kerana aku tak terlewat untuk sebarang babak. kami melabuh di E10 & E11, itu pun selepas menegur seorang gadis, ''tumpang tanya,tempat awak?''. aku masih tersenyum. bertambah kelegaan, bila tempat duduk yang strategik, dan jiranjiran yang sejantina. *aku bukan anti kaum adam,cuma sedikit rasa tak selesa*

selepas beberapa minit kemudian, seorang lelaki masuk, dan mengambil tempat betul sebelah tempat aku. sedikit terganggu. aku mendekatkan diri dengan achik. sebaris aku cuma ada dua adam; pakcik disebelah *dari pemerhatian aku, dia lebih layak digelar pakcik, sebab usia nya mungkin lingkungan usia ayah* dan seorang mamat di hujung barisan.

ada beberapa perkara yang akan membuat aku rasa nak angkat kaki dan blah dari panggung semasa tayangan. antaranya:
1> penontonpenonton yang merasakan mereka adalah pengkritik yang paling hebat abad ini.
2> pengarahpengarah filem yang menyaksikan tayangan sendiri.
3> kakikaki yang boleh buat aku rasa aku seperti duduk kat kerusi urut.

kalau iya pun berniat nak uji tahap kesabaran aku ni di tahap mana, boleh tak kalau kau dan kau dan kau tak ganggu aku masa aku kurang rasa sabar?

aku seperti mahu saja berdiri, dan bertanya pada setiap pengkritik. ''sumpah, aku datang awal dan tengok filem ni pada hari pertama tayangan nya, bukan nak dengar kau kritik dalam panggung!!''

dan aku mahu saja berkata pada setiap pengarah yang merasa filem engkau, filem aku juga,
''kalau kau rasa kau ada bakat dan bakal menjadi pengarah yang akan terkenal seantero dunia, mengapa belum ada satu filem engkau yang aku TERtonton??!!''

juga untuk pemilikpemilik kaki yang mungkin pernah berkhidmat untuk setiap kerusi urut yang mana kita kena masuk kan beberapa keping token dalam nya, khususan ila pakcik yang duduk sebelah aku, sebab dia punya shuffle, aku rasa kalah gegaran kerusi urut tu. argh!!! "aku tak perlu kan urutan mesin/kerusi tu sekarang la!!!''

aku jadi hangen tak hengat bila aku dikelilingi manusia yang tak tahu nak hormat hak orang laen. aku tak rasa kau dan kau dan kau, masuk panggung tu dengan bayaran yang jauh lebih tinggi dari tiket yang aku beli. harga yang sama. hak kita sama. tapi kenapa kau semacam tak sedar. atau kau purapura terlupa yang bukan kau saja yang menonton saat tu. aku tahu kau dan kau dan kau, teruja! tapi boleh tak kalau tak berekspresi macam tu sekali. sungguh, aku meluat!

gagal. aku gagal menonton semahunya hasil garapan seorang pengarah indie tu. lepas satu dan satu dan satu gangguan, aku terus nekad, balik saja rumah, aku akan capai papan kekunci, dan melempiaskan marah aku di sini.

hasilnya, ini.

tapi sebelum pulang, aku sempat membeli 9 filem dan cerita bersiri. sungguh rasa tak seronok membazir sejumlah wang menonton bersama kau dan kau dan kau!!

puas! legaseleganya bila dapat meluah rasa marah!

*senyum sayang, senyum*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tahniah ami! tahniah abang!

*alhamdulillah*

dua potong kek yang aku cuba hadam sebelum tayangan nampak nya gagal berinteraksi dengan semua hormon dalam tubuh.
hehe.

marah aku kejap, tapi aku tak kejap lupa,
::shylicious::



4 hugs:

incik neng said...

haha entry neh penuh emosi lah ..seram abis... sampai aku makan kacang pon tak sedar kacang dah abes ngahahah

::shylicious:: said...

lawok r ko ni incik neng. tapi kire oke r tu. aku kalu seram takle makan, risiko. kahkahkah.

Mysterious Lady said...

aku pon benci sama itu kakikaki. aku penah kene sepak sekali dgn kakikaki urang ajar & mulut itu pon x meminta maaf. manusia, manusia. buruk betul perangai!

ko tengok cite ape tu 18hb? cicak man? histeria?

::shylicious:: said...

histeria.

kan? macam sengal tak mahu hidup lagi je kakikaki tu. aku rasa lepas ni kena bawa stapler dan selotep. gam uhu pun cam besh gak. aih!

.. less is more .. © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!