Wednesday, December 17

senyum aku paling manis.mungkin.

adik bongsu aku baru berusia tujuh tahun itu mengikut kalendar masihi, tapi berusia lapan tahun jika mengikut kalendar hijriah. mak lebih suka jika kami hitung umurnya mengikut kalendar hijriah sebab adik aku lahir saat takbir aidil adha bergema. senang untuk dihingat berbanding kami yang lain.

pernah mak mengusul untuk menyambut hari jadi kami mengikut kalendar hijriah. permulaan nya kami turutkan, lamalama mak jadi loceng peringatan kami. hehe. bukan mudah untuk mengubah kebiasaan. berhenti disitu. aku bukan mahu membahaskan bagaimana kami sekeluarga menyambut hari lahir kami, tapi tentang ana, si cilik yang bersuara nyaring!

senja tadi saat aku menulis post tentang 'aku cemburu jadi ana'. [ateh: ana punya ayat lebih power dari tulisan akak dalam blog!:)] rupanya ana turut menulis postnya. tanpa tajuk. dalam buku yang ditemui di rak. aku suka cara dia menggelar rakan atau teman atau kawan nya sebagai sahabat. comel! maaf, itu komen aku secara peribadi.

aku kantoi mengambil gambar nukilan ana.
ana, akak minta izin post di sini ya.
COMEL!!

aku suka menonton proses pembesaran nya.
aku suka melihat setiap kemajuan nya.
aku suka berkongsi pengetahuan yang dia peroleh.
aku suka bersoal jawab bila dia bertanya.
aku suka bila dia bersuara walau suaranya nyaring.
&&
aku sayang adikadik aku.

**akak marahmarah sebab akak sayang dan peduli akan hal kalian!


lead of superbFABsiblings,
::shylicious::


6 hugs:

incik neng said...

wah wah satu keluarga berjiwa blogger ngahahah
(psst... aku lahi 3 hari raya haji... bleh ke aku bekenalan dgn adik kamu wawawa)

::shylicious:: said...

satu wah! akhirnya jumpa jugak kamu ngan peti komen aku.gagaga

dua wah! kagum aku kamu dapat message di sebalik coretan merepek aku.

tiga wah? tak. pang aku bagi. takblehtakbleh, walau aku tak knal sape cik N kamu, dan adik aku juga berpangkal N. tapi aku pasti cik N tu bukan adik bongsu aku. so, juga tidak akan aku bagi grinlite. muahahaha!! *gila protective punya akak aku ni.pedulik!!!*

norule said...

ul mish ana juga.sbb ana suke pelok ul.maka ul syg ana lebeh dr shy.ngehhh!

::shylicious:: said...

aish. tak bole bgitu. takkan sama. hehe

mr A said...

xpe2. ul syg ana, kte syg kmu. ngehehehe

::shylicious:: said...

siapa tu? lalalala~

kamu syg kite juga!!:)

.. less is more .. © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!