huhu.
hari minggu pulang ke shah alam dari batu pahat selepas gagal berjumpa adik di segamat. malam hari mengembungkan perut di rumah harun. keesokan harinya ke ulu yam bermandi manda. tamat cerita. :)
aku benci melihat 'pasangan' yang tak amik peduli persekitaran buat drama pla. duh! dalam bus! pejadah! mujur bus laju, dan aku selamat tiba kat pudu dengan sejahtera tanpa sebarang pertengkaran walaupun kecil. haih!
post kali ini aku tak banyak mahu cerita. cuma seronok mengahabiskan waktu bersama rakan-yang-mungkin-susah-untuk ditemui-selepas-may. terima kasih semua untuk waktu yang tak ternilai! sukasuka!!
oh. aku mula penat melihat, melayan, dan berdepan dengan manusia yang lupa daratan. apa kau hingat dengan harta sementara kau dah cukup hebat?? maaf kalau ayat aku menghina. tapi jika kau sedar asalusul kau, kau mungkin takkan sebongkak sekarang. pendek kata, aku muak! kalau terdaya untuk mengelak dan menjamu mata aku melihat kau, aku akan wat sehabis boleh!! kau hingat tu!. aku takut aku akan terlempang sebab jelek dan mual dengan sikap kau yang-ntah-hape-hape. mungkin cermin di-umah-s kau kecil. akan aku hadiah kan yang besar-dabak semata dengan niat kau akan sedar dengan lebih cepat. aku takut bila kau tersedar, masa tu dah cukup terlewat. wah! aku memang emosi! LESS IS MORE!!!!!!!!!!
bulan mac akan membuat aku lebih terurus atau diurus. jadual yang penuh seakan cemburu aku bernafas bebas. semoga aku kuat dan bijak merencana masa untuk kehidupan yang sejahtera. aku kena kuat! ya! kali ni aku kena lebih kuat! tuntutan perhatian dari kerja dan kerja dan kerja akan menyedut tenaga. dan setakat sejarah hidup, antibodi aku belum cukup kuat untuk melawat sakit-kerja-yang-menuntut-perhatian-perhatian-perhatian-tanpa henti!
maaf kawan. mungkin ada hutang tag yang masih belum mampu aku langsaikan. aku akan cuba sesegera mungkin. terima kasih! aku tahu kalian ingat aku. kalau tak hingat pasti aku tak tersenarai dalam permainan tu kan? terima kasih! aku sayang kamu!!!
masih ada kerja bulan februari yang aku kena segerakan sebelum tamat 11.59 malam sok.
berusaha, shy!!!
berusaha, shy!!!