Sunday, December 28

pesanan untuk farah ani : [34] *kalau jumpa*

[1] Bekas kekasih saya adalah : seseorang.ouh!haha
[2] Saya sedang mendengar : nyanyian merdu kanakkanak yang saya akan rindu!
[3] Mungkin saya patut : berhenti buat tag ni. siap untuk tidur. hehe

[4] Saya suka : buli dia dan dia dan dia.
[5] Sahabat-sahabat baik saya : zsalhinaag.:)
[6] Saya tak paham : kenapa kelas bermula lusa?:P
[7] Saya kehilangan : rambutrambut yang saya tarik. gobotakgo!:P
[8] Ramai yang berkata : rasa macam tak sabar nak mula sem baru tapi bukan untuk belajar. dan saya hampir setuju.:P
[9] Makna nama saya : saksi yang sempurna! ;D
[10] Cinta itu adalah : perasaan yang halus. wow~
[11] Di suatu tempat, seseorang sedang : menunggu balasan pesanan ringkas dari seseorang atau mungkin ramai orang.
[12] Saya akan cuba : perbaiki diri.
[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud : kewujudan Allah.
[14] Telefon bimbit saya : sudah kehilangan separuh tenaga.
[15] Bila saya terjaga dari tidur : saya akan berlari membuka pintu bilik yang digendang emak.:p
[16] Saya paling meluat apabila : mendengar cerita yang direkareka.
[17] Pesta/Parti adalah : hiburan.hm-hm.
[18] Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : momo.
[19] Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : kanakkanak.
[21] Malam ini saya akan : tidur dengan ana.:)
[22] Esok pula saya akan : bersiap untuk bertemu rakan baru.
[23] Saya betul2 inginkan : keamanan dan kebahagiaan. aiceh!
[24] Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : *saya jarang melihat cermin*
[25] Pusat membeli-belah atau arked permainan : pusat membeli belah.pasti!
[26] Makanan Barat atau Jepun : duadua pun oke.
[27] Bilik yang terang atau gelap : sederhana.
[28] Makanan segera adalah : jajan dan mi segera.
[29] Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : padan muka.haha
[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini?? : tidak hingin.
[31] Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Islam hari ni? : ya, sudah.
[32] Bila kali terakhir anda cium mak & ayah anda? : ayah hampir sebulan yang lalu. mak sebelum keluar tadi.
[33] the victim: *kamu si pembaca yang setia.ye. kamu yang sedang membaca ini!*:))

p/s: adeq fawani, harap ini terakhir ya. lepas ni, mahu ke shah alam, ada susah mahu rajin seperti enam bulan sebelum, seperti ini. terima kasih kerana sentiasa mengingati.haha. pesal plak aku skema ni. blah blah.

love,
lil S.

Saturday, December 27

shah alam. here we come!

terhidu bau semester baru.
enak..............tidak.
:P

goodluck everyone!
goodluck shy!
:)


away for............God know how long it will be.


love,
lil S.



Thursday, December 25

puteri bersiung

sejak malam tadi semasa aku menonton obsesi tetibe aku terasa cairan dingin dalam mulut. aku capai tisu dan ia dikesan berwarna merah.

*btw, kau tentu rasa juga darah itu dingin sikit dari suhu dalam mulut kau kan? heh*

aku cuma tak pasti apa punca. mungkin aku bakal ditabal menjadi puteri atau ratu bersiung.

*puteri perlu ditabal macam raja juga k? macam tak je.hmm~*

pagi ni masih terasa dingin cairan itu.

notakaki: jb hujan dari malam kelmarin. Alhamdulillah, kawasan rumah aku tinggi dan selamat dari bencana alam. tetiba aku rasa suhu di luar badan dan cairan di dalam kelongsong mulut bakal mencapai persetujuan suhu yang sama. argh!!!

masih mencari punca,
shylicious.

Tuesday, December 23

isu terkini

entri untuk hari ini. dan juga yang terkini perihal aku.

kumpulan pilihan aku sem akan datang ialah:

ACB8B

siapa lagi ahli kumpulan ini??

ayuh berhimpun semula rakanrakan!!
dan mari menggila sebagai senior!
ouh sedih, ini mungkin sem terakhir kitakita.

pecahan kantuk.

malam ahad atau mungkin pagi isnin.

kejadian begini memang tak pernah terduga oleh kami sekeluarga. jahat sungguh siapa juga ketuaakal nya.

mungkin kalian masih ingat entrientri sudah akan kejadian jiran kami kehilangan motorberkuasatinggi beliau.

aku terasa kawasan kediaman ini makin tak selamat saban hari. motor dalam rumah berjaya dilarikan si empunya akal yang terasa cerdik.

barangan kemas yang mungkin berjenama zhulian dan bukan habibjewel sekadar memberi sinar sedikit diri si pemakai, serta tastangan dan dompet yang saban masa dikepit di bawah lengan atau lebih tepat di bawah ketiak yang harum mewangi, berjaya diragut si peragut mentah dihalaman rumah.

sudah banyak kejadian di sekitar termasuk rumahrumah yang berjaya di pecah masuk. tidak lagi aku menyenaraikan beberapa besi penutup longkang di laman rumah jiran yang hilang waktu diniharinya.

selama ini kami cuma mendengar keluhkesah dan aduan jiran. kini kami mangsanya.


kau rasa apa mereka buat dengan dua tayar kereta hitam menawan ini? aku rasa mungkin mereka sekadar menukar tayar motor yang pancit. sebab, mereka cuma mengambil dua. bukan empat. lagi, ambilnya pula depan dan belakang, macam betul aja tekaan aku.

*tepuklebihgemuruh untuk andaian yang mungkin tepat.haptuiih!*

kami mangsa selang semalam mangsa di jalan bawah rumah kami. tapi mangsa sebelum kami, tayarnya hilang empat. mungkin semasa kejadian, tayar kereta pulak yang bocor.

tekaantekaan aku cuma penyedap hati.

jika selang semalam ada kejadian yang sama, persoalan aku, dimana polis peronda? mungkin mereka lelah dan penat lalu tertidur di balai? atau mereka menunggu sehingga ada yang terbunuh baru mahu meronda? no offense. itu sekadar luahan emosi aku yang sedikit.

merujuk kepada makcik yang juga mangsa ragut di laman sendiri, mereka dapat mengesan si peragut dan menghantar pemangsa ke balai. tidak sampai semalaman pun, si peragut dilepaskan. kau tahu kenapa? tiada bukti kukuh dan rupanya dia seorang anak polis. di mana kredibiliti penguatkuasa? aku tak mahu mengulas panjang. tapi ya, aku marah sangat dengan etika sebegini. aku mohon maaf jika ada yang terasa dengan penulisan aku. aku juga anak penjawat awam dan penguatkuasa.

berbalik kepada ke'cool'an mak aku yang semakin membuat aku goyah merangkap anak yang paling cool. *aku tahu kau orang suda semakin loya!.haha* aku cuma berharap pagi isnin sebagai pemula hari untuk dia memulakan kerja minggu ini tidak tertanggu. sungguh! mungkin juga doa si anak di pagi hari dimakbulkan Yang ESA. Alhamdulillah.

mak siap boleh mengeluarkan katakata yang kami tujuh beradik tak pernah sangka akan terluah dari mulut mak.

"kenapa dia tak amik empat2 sekali, susah la mak nak ganti tayar." *gelak*

''kalau mak bukak tayar lagi dua dan biar je depan rumah buat macam showroom oke tak, akak??'' *aku blur, mak senyum*

dan lainlain yang aku tak kuasa nak senaraikan lagi sebab bakal mengugat ke'cool'an aku.

aku adukan masalah ini kepada ayah yang jauh di benua asing.

mungkin 'sportrim' mak menjadi idaman si handal penuka tayar.

apa hasilnya tulisan berlaga dengan gambar??

hi.

perihal artis kahwin pun boleh menjadi isu. mujur pagi kejadian kami mengikut laluan alternatif ke persada, kalau tak mungkin kami saksi mini drama antara wartawan. aku masih tak paham!

walau ramai yang berpusu ke masjid negeri, tapi masih ramai juga umat dalam persada. nyata memang malaysia ramai penghuninya. aku cepat mabuk dengan suasana berhimpit. sudahnya pulang ke rumah, aku keletihan dan tertidur setengah jam. bagi aku itu lama, sebab aku susah untuk lena siang hari.


saat ini, aku dan acik dah sangat teruja untuk pulang. sampai ke pintu keluar, baru sedar emak dan adik masih di gerai booth dakwat pencetak. belonbelon yang aku pegang harus dikreditkan kepada acik. tahun sudah semasa kami hadir untuk acara yang sama tak sesusah ini untuk mendapat setangkai belon, malah kami berjaya membawa pulang tiga atau empat, itupun kalau tak salah ingatan aku. sebab kesungkaran mendapatkan belon dan emak yang beriya mahu bawa pulang sedikit tanda, achik berjaya peroleh dua!

*tepuktepuk*



terima kasih, abang!



muka yang semakin bercahaya.*sila muntah di mangkuk tandas dan bukan di situ ya!!* dan persoalan, mengapa dengan bibir/mulut aku tu? ouh! gaya terbaru. mungkin! mungkin juga dengan gaya muncung begini baru muka aku bersinar. cuba kau cuba. *pedulik.haha*



malam nya, aku, ateh dan ana bermain contengan muka dan badan. seronok! tapi biasalah, esok bila aktiviti wangi dicium mak, harusla ditanya. kami sedia!! tapi, mak memang sekarang makin sedikit cool. aku akan nyatakan lagi sebab mengapa aku kata mak begitu cool sejak akhirakhir ini.


dilukis dan diilhamkan oleh ateh. dan aku pewarna hebat!
*sekali lagi, jangan muntah disitu!*


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jawapannya:
tiada apaapa, cuma dapat menghilangkan sedikit jemu dengan penulisan bila ada gambarnya.

*sengeh*

aku cool kan?
sila hangguk!
::shylicious::


Thursday, December 18

bila kepuasan di tahap bawah sifar.

11.47 pagi. *atau tengahari?aku masih mencari gelaran seharusnya untuk jam 11pagi.ya, mungkin lebih sesuai pagi.hee*

sambil menderma senyuman semanis mungkin,''tumpang lalu''. saat itu hati sedikit lega kerana aku tak terlewat untuk sebarang babak. kami melabuh di E10 & E11, itu pun selepas menegur seorang gadis, ''tumpang tanya,tempat awak?''. aku masih tersenyum. bertambah kelegaan, bila tempat duduk yang strategik, dan jiranjiran yang sejantina. *aku bukan anti kaum adam,cuma sedikit rasa tak selesa*

selepas beberapa minit kemudian, seorang lelaki masuk, dan mengambil tempat betul sebelah tempat aku. sedikit terganggu. aku mendekatkan diri dengan achik. sebaris aku cuma ada dua adam; pakcik disebelah *dari pemerhatian aku, dia lebih layak digelar pakcik, sebab usia nya mungkin lingkungan usia ayah* dan seorang mamat di hujung barisan.

ada beberapa perkara yang akan membuat aku rasa nak angkat kaki dan blah dari panggung semasa tayangan. antaranya:
1> penontonpenonton yang merasakan mereka adalah pengkritik yang paling hebat abad ini.
2> pengarahpengarah filem yang menyaksikan tayangan sendiri.
3> kakikaki yang boleh buat aku rasa aku seperti duduk kat kerusi urut.

kalau iya pun berniat nak uji tahap kesabaran aku ni di tahap mana, boleh tak kalau kau dan kau dan kau tak ganggu aku masa aku kurang rasa sabar?

aku seperti mahu saja berdiri, dan bertanya pada setiap pengkritik. ''sumpah, aku datang awal dan tengok filem ni pada hari pertama tayangan nya, bukan nak dengar kau kritik dalam panggung!!''

dan aku mahu saja berkata pada setiap pengarah yang merasa filem engkau, filem aku juga,
''kalau kau rasa kau ada bakat dan bakal menjadi pengarah yang akan terkenal seantero dunia, mengapa belum ada satu filem engkau yang aku TERtonton??!!''

juga untuk pemilikpemilik kaki yang mungkin pernah berkhidmat untuk setiap kerusi urut yang mana kita kena masuk kan beberapa keping token dalam nya, khususan ila pakcik yang duduk sebelah aku, sebab dia punya shuffle, aku rasa kalah gegaran kerusi urut tu. argh!!! "aku tak perlu kan urutan mesin/kerusi tu sekarang la!!!''

aku jadi hangen tak hengat bila aku dikelilingi manusia yang tak tahu nak hormat hak orang laen. aku tak rasa kau dan kau dan kau, masuk panggung tu dengan bayaran yang jauh lebih tinggi dari tiket yang aku beli. harga yang sama. hak kita sama. tapi kenapa kau semacam tak sedar. atau kau purapura terlupa yang bukan kau saja yang menonton saat tu. aku tahu kau dan kau dan kau, teruja! tapi boleh tak kalau tak berekspresi macam tu sekali. sungguh, aku meluat!

gagal. aku gagal menonton semahunya hasil garapan seorang pengarah indie tu. lepas satu dan satu dan satu gangguan, aku terus nekad, balik saja rumah, aku akan capai papan kekunci, dan melempiaskan marah aku di sini.

hasilnya, ini.

tapi sebelum pulang, aku sempat membeli 9 filem dan cerita bersiri. sungguh rasa tak seronok membazir sejumlah wang menonton bersama kau dan kau dan kau!!

puas! legaseleganya bila dapat meluah rasa marah!

*senyum sayang, senyum*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tahniah ami! tahniah abang!

*alhamdulillah*

dua potong kek yang aku cuba hadam sebelum tayangan nampak nya gagal berinteraksi dengan semua hormon dalam tubuh.
hehe.

marah aku kejap, tapi aku tak kejap lupa,
::shylicious::



Wednesday, December 17

mari berkumpul

jari aku seakan menggatal sangat dengan papan kekunci komputer riba malam ni.haih!!

port dickson bakal menyaksikan pertemuan rakanrakan lama bertemu semula februari nanti. dan aku sangat memerlukan kedatangan insan yang satu ini!!

zarith, pegi ea?ea?
kita rindu sangat!!!
please!!!!!!!!!!!!!
mari bergosip di tepi pantai.
lalalala~

aku bukan hanya rindu dia, tapi juga dia,
::shylicious::

senyum aku paling manis.mungkin.

adik bongsu aku baru berusia tujuh tahun itu mengikut kalendar masihi, tapi berusia lapan tahun jika mengikut kalendar hijriah. mak lebih suka jika kami hitung umurnya mengikut kalendar hijriah sebab adik aku lahir saat takbir aidil adha bergema. senang untuk dihingat berbanding kami yang lain.

pernah mak mengusul untuk menyambut hari jadi kami mengikut kalendar hijriah. permulaan nya kami turutkan, lamalama mak jadi loceng peringatan kami. hehe. bukan mudah untuk mengubah kebiasaan. berhenti disitu. aku bukan mahu membahaskan bagaimana kami sekeluarga menyambut hari lahir kami, tapi tentang ana, si cilik yang bersuara nyaring!

senja tadi saat aku menulis post tentang 'aku cemburu jadi ana'. [ateh: ana punya ayat lebih power dari tulisan akak dalam blog!:)] rupanya ana turut menulis postnya. tanpa tajuk. dalam buku yang ditemui di rak. aku suka cara dia menggelar rakan atau teman atau kawan nya sebagai sahabat. comel! maaf, itu komen aku secara peribadi.

aku kantoi mengambil gambar nukilan ana.
ana, akak minta izin post di sini ya.
COMEL!!

aku suka menonton proses pembesaran nya.
aku suka melihat setiap kemajuan nya.
aku suka berkongsi pengetahuan yang dia peroleh.
aku suka bersoal jawab bila dia bertanya.
aku suka bila dia bersuara walau suaranya nyaring.
&&
aku sayang adikadik aku.

**akak marahmarah sebab akak sayang dan peduli akan hal kalian!


lead of superbFABsiblings,
::shylicious::


aku cemburu jadi ana.

mungkin bila ana makin membesar dan sedikit muak dengan kartun, aku akan kata, 'aku cemburu jadi **'. masa tu aku akan ganti dengan nama kanakkanak laen.

beberapa hari yang lalu, aku terbaca satu artikel dalam sebuah suratkhabar tempatan yang mencoret seorang guru telah menyebabkan lebih 20 orang muridnya menangis, semata memberitahu kewujudan santa claus adalah tidak benar, dan setiap kali hari natal tiba, hadiah yang mereka dapat sebenarnya dari pemberian ibubapa kanakkanak itu sendiri.

setiap kali menemani anak buah melihat cerita kartun doraemon, mereka seperti sangat mengagumi pintu ajaib sang musang. yela, doraemon akan membawa nobita akan membawa sizuka dan kadangkala membawa sinyu dan giant kemana mahu hati mereka dengan bebasnya. senang. tidak seperti dalam realiti, kita buka pintu bilik tidur, tidak mungkin disebalik pintu adalah dewan perhimpunan sekolah.

tapi sekarang, walau umur aku sudah menginjak ke angka yang membolehkan aku memegang beberapa 'kad hutang', disebabkan sakit yangtak tertanggung sekarang, ingin sekali aku dapatkan pintu doraemon. minta sang musang membawa aku ke negara yang satu itu. walau aku tahu itu tidak mungkin!

aku benci akan kilometer yang membesar antara kami!
aku chenta hobi baru aku dengan peti!
aku hanya manusia normal seperti kalian!


::shylicious::

Tuesday, December 16

senarai D terkini


Deeper Conversation - Yuna

Deeper Conversation

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you


Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you


And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me


I let my guard down for you
And in time you will too


if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me


if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me


Deeper Conversation
let me

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hidup aku sekarang dihimpit dadah!
*aku bukan maksud kan dadah yang boleh merosak kan fizikal dan minda*
dan aku suka itu!!:)

sekadar menyenarai beberapa dadah kuat:
1> anak mat nor *tulisan kau jujur dan hidup!dadah!dadah!terima kasih!*
2> fynn jamal *nukilan kau memang dadah untuk aku!terima kasih!*
3> yuna *suara kau dadah aku kini!!terima kasih!*


aku juga sedang memanggil dadah bergerak aku kembali ke tanah air dengan kadar segera!:)


gambar terkini dadah bukan sebenar.

penagih tegar,
::shylicious::

Monday, December 15

meriuh di lebuh raya

salam malam yang penuh kesaljuan. *hikhikhik. sejuk dingin beku*

akhirakhir ini, sejak tanah runtuh di bukit antarabangsa *oke, tiada kaitan sebenarnya*, aku semacam menemui penyakit kemalasan mahu menulis panjang. uhuk. [alasan!!]

minggu sudah kami *merujuk kepada keluarga yang sangat besar* meriuh di lebuh raya dengan enjin dan melabur wang di sekitar pondok tol, mahupun pengesan touch & go, serta beberapa stesen minyak petrol.

objektif meriuh:
1> membantu pelancaran majlis persandingan dan resepsi cousie di sebelah pihak lelaki.
2> mengeratkan silaturrahim sedaramara yang setahun sekali bertemu di pagi raya.
3> memecahkan telinga && perut! *seyes wo!!*



kami bergerak pagi sabtu, dan berjanji untuk bertemu di r&r air keroh. dua kereta dari johor bahru, 3+1 dari batu pahat. pelan asal nya konvoi dari batu pahat, mahu bertolak pukul 8pagi. maka kami dari johor bahru sepakat, bertolak pukul 7pagi. tapi memang pelan mesti indah kan? hee. sudahnya, kami terpaksa menunggu mereka hampir satu jam. sampai sungai buluh, aktiviti melawat mini zoo, terjah teruja, menziarah nursery berlangsung siang hari. malam, acara BBQ.
*tiada gamba sebab banyak dah kamera yang menjalankan tugas.hu*


gamba 1: dompet yang penuh dan hampirhampir kosong untuk BR!:P
gamba 2: aksi mengelak mulut terus mengepoh. haha



ahad, pagipagi, bermula anakanak kecil, gadisgadis sunti, jejakajejaka sasa, makcikmakcik anggun, dan pakcikpakcik tampan sibuksibuk siapsiap untuk ke majlis di gombak.

gamba 1: bersama adeqadeq pengantin.
gamba 2: bersama 3 dari 4 neneknenek ciliks.:P


disebabkan semua pemandu memang sedia ade magnet kakinya dengan pedal minyak, perjalanan mengambil masa tidak sampai satu jam *mengikut perancangan satu jam lebih* ke rumah bersanggar. ouh! sungguh busan. sampai pukul 12pm, sanding mula 1.30pm. haih!

gamba 1: di rumah bersanggar, masa ini semua kaum adam menunaikan solat zohor.
gamba 2: anak buah yang ke-** [wiey~ sorry auntie tak kire.hee].
mya nurin maisarah
*kot la, tak berapa nak hengat, sebab name panjang. tapi kami panggel sarah je. heh!*

gamba 3: kata pun bosan, harus la ada bukti!:)
gamba 4: moi cousin, anak tuan rumah di sungai buluh.




mengikut perancangan asal, bondabonda mahu menyerang ikea selepas majlis sebelum pulang ke selatan. tapi dibatalkan, jadi perancangan di ganti ke rumah cousin *ayah maisarah*. tak dapat pegi ikea, mommymommy tgok bumbung ikea dari apartment pun jadi la. haha.

gamba 1 && 2: masa ni dalam usaha mendapatkan pas pelawat.
gamba 3 && 4: rombongan cik nor. hehe
gamba 5: menjamah sekadar mengalas perut.
*kata pun lepas ni nak gerak jauh lagi, jadi harus aja makan sampai muntah.haha*

gamba 6 && 7: anakanak kecil yang leka bermain. berebut sana sini. sebab keluasan yang tak berapa nak luas. huhu


sebab mata mak yang makin tidak awas dengan perjalanan malam, maka kami bermalam di bangi malam tu.

gamba 1 && 2 && 3: anakanak buah && auntie!!:)



kenangan 3 hari bersama siblings yang semakin meratarata. haha
adeq 3 tinggal di rumah atas sebab urusan yang tak dapat di tepiskan. :P

gamba 1: adeq 1
gamba 2: adeq 2
gamba 3: adeq 4
gamba 4: adeq 6
gamba 5: adeq 4 && 5


futnot: benarlah kata pepatah, jauh bau harum, dekat bahu tahi! hmmhmm~

::shylicious::



Wednesday, December 10

our outing, our memories

10.12.2008.
11:00 ~ 16:00.






siang
ketawa membariskan gigi

malam
hidung menangis titisan merah
mata memerah tangisan lesu

*semakin tenatkah*

demi seribu kenangan
aku gigih mengikrar janji

next meeting: STARHILL
::shylicious::



pena menarinari

Tulisan buat

SANG REBEN MERAH JAMBU



Aku salah seorang pencinta mu kini.


Sedarkah kau,

Aku kini makin ber-emosi-penuh.


Sedarkah kau,

Sejak menjadi pencinta-mu

Sifat amarah ku makin tak terkawal

Persekitaran sering menjadi mangsa.


Sedarkah kau,

Saat aku hadir sebagai pencinta-mu

Aku menjadi sangat sensitip

Hinggakan perkara remeh sebesar kuman

Kini berjaya menjentik jiwa aku nan makin halus.



Tuhan,

Jika ini ketentuanMU

dalam perjalanan hidup ku

Kau tabahkan hati hambaMu ini

Dalam menempuh segalanya.


Tuhan,

Semoga aku terus diberi kesempatan

Jika bukan tuk semua impian

Sekurangkurangnya untuk satu ini

Yang bakal bertemu penghujung.



s h y


Bangun!

Perjalanan masih jauh

Untuk kau menyerah

Masih terlalu awal.


Senyum-lah,

Berkata ‘selamat’ pada hari baru

Minima manusia di sekelilingmu

Pujuk hati dengari hal yang merdu.

*credit to: tri*



KAU TETAP PELAKON HANDAL

DALAM MENELAN SETEGUK KEBENARAN

KETIKA HATIMU MERIBUT

*credit to: le desir*

@>-- s h y.

Tuesday, December 9

aku pencinta REBEN MERAH JAMBU

hi,
selamat malam.

aku saja post entry penuh dengan wajahwajah hati. lalala~ selagi aku terdaya tuk bergamba && ber-posing, selagi itu lah. moga aku terus mempunyai kekuatan di hadapan kamera!! phewitttttttttt~ :P


maaf.ketonggangterbalikan persekitaran-pulang-dari-kampung && gaya makcek tak boleh blah ni! o ye, dia kembar sangat seiras aku! *cobaan menyembunyikan identiti.haha*. aku maseh sehat, bukan? :)



syukur, Alhamdulillah. aku dikurniakan peneman && pendokong yang setia!:)
aku bahagia ditemukan kamu,CH!

berkelahi kerana rindu,
Tuhan, apakah maksud ini?
::shylicious::

.. less is more .. © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!